|

SK
Subang Bestari
adalah bukan sahaja sebuah sekolah yang cemerlang di
dalam bidang akademik malah menekankan kecemerlangan pelajar-pelajarnya
di bidang ko-kurikulum. Aspirasi untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang adalah merangkumi kecemerlangan secara menyeluruh. Pelajar
serba boleh adalah pelajar yang cemerlang dan boleh berjaya bukan sahaja
di zaman persekolahan malah berjaya di dalam semua karier yang akan
diceburi setelah meninggalkan alam persekolahan.
Klik di sini untuk
Peraturan
Ko-Kurikulum

Aktiviti-aktiviti
Ko-Kurikulum SK Subang Bestari adalah merangkumi Unit Beruniform, Sukan
& Permainan dan Kelab & Persatuan yang boleh disertai oleh kesemua
pelajar dari Tahun 3 hingga ke Tahun 6.
Aktiviti yang diadakan
adalah sepanjang tempoh pembelajaran dan juga semasa cuti-cuti sekolah
termasuk perkhemahan, pertandingan sukan antara sekolah/daerah/negeri
dan juga aktiviti-aktiviti perkembangan minda.
|